Mengapa Wang Kertas Dianggap Produk Ribawi? 

1. Produk ribawi ialah komoditi atau barangan yang tertakluk kepada hukum-hukum tertentu, yang melibatkan hukum riba jika dilanggar hukum tersebut. 2. Komoditi ribawi dan kaedah urus niaganya disebutkan di dalam hadis sahih. Abu Sa’id Al Khudri berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Emas ditukar dengan emas, perak ditukar dengan perak, gandum ditukar dengan gandum, barli ditukar dengan barli, kurma ditukar dengan kurma, …

Beberapa Aspek Penilaian Skim Ponzi Dalam Kaca Mata Syariah

Skim cepat kaya, atau skim ponzi, sentiasa berkembang dan berevolusi. Mereka boleh beroperasi dalam sistem perundangan yang ada dengan mempergunakan pelbagai bentuk helah perundangan, contohnya undang-undang membenarkan jual beli, lalu mereka kata urusan mereka cuma jual beli. Begitu juga mereka pandai menggunakan helah untuk menyukarkan analisis Syariah. Baca contoh di bawah dengan teliti. Contohnya, secara prinsipnya, Syariah mengharuskan jual beli …

Sebab Pemilikan Menurut Muamalat Islam

Harta tidak berpindah milik semudah itu. Ia memerlukan sebab yang kuat untuk menjadikan harta berpindah hak milik. Contohnya ikan di laut adalah hak milik Allah, lalu dengan sebab kontrak istikhlaf, ia menjadi milik awam, diuruskan oleh kerajaan. Nelayan atau kaki pancing perlu berusaha untuk dapatkan ikan, dan usaha berburu ikan ini menjadi sebab kepada hak milik. Oleh kerana ia diuruskan …

Konsep Istikhlaf dalam Ekonomi Islam

Manusia tidak pernah memiliki harta kerana harta di bumi ini semua milik Allah. Firman Allah: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah (2:284) Manusia cuma pengurus harta berasaskan konsep istikhlaf: pengganti Allah di muka bumi ini untuk menguruskan alam ini. Kuasa menguruskan harta diberikan kepada manusia melalui dua bentuk: – kuasa kerajaan – kuasa …

Testimoni Olok-olok dan PM Palsu

SOALAN: Salam.. saya ingin bertanya tentang teknik pemasaran sesuatu produk. Adakah dibolehkan seseorg menjual produk melalui FB kemudian secara berjemaah mereka like n komen setiap profil rakan2 yg menjual produk sama.. kemudian dalam komen tersebut saling memuji n memesan utk membeli produk tersebut..padahal mereka blom pon merasainya sendiri. Tujuannya utk menarik perhatian kwn2 FB lain. Mohon penjelasan terperinci.. sekian terima …

Luqatah: Hukum Barangan Yang Ditemui

Fiqh Muamalat | Bagaimana jika anda menjumpai harta yang lain yang keciciran? Bolehkah menyimpannya? Berapa lama? Bagaimana caranya? Sarjana fekah muamalat terdahulu membincangkan hal ini dalam bab yang dinamakan sebagai al-Luqatah. Luangkan sedikit masa menimba ilmu fekah muamalat. Luqatah bermaksud apa-apa harta yang tercicir (dan kelihatan seperti tidak dalam jagaan) yang dijumpai yang tidak diketahui pemiliknya; sama ada harta atau binatang …

Nuqud dan Fulus: Apa Bezanya? 

Kita selalu dengar perkataan fulus, yang menggambarkan duit. Kita juga mungkin ada yang pernah mendengar perkataan Nuqud, pun bermaksud duit. Tapi apakah perbezaannya? 1. Semasa zaman awal Syariah Islam, mata wang utama yang mendominasi pasaran ialah terdiri daripada Emas dan Perak. Wang yang dibuat daripada emas dan perak ini dinamakan Nuqud dalam bahasa Arab. Semua emas dan perak boleh dijadikan wang …

Alternatif Simpanan Emas 1gm Sebulan Pelaburan Patuh Syariah

Ramai yang bertanya: Bagaimana cara jika nak menyimpan emas, sebagai salah satu cara tabungan dan pelaburan untuk mengelakkan inflasi, dengan sekadar 1gm sebulan, yang berasaskan Syariah? Posting ini bukan ingin iklan, tapi sebagai alternatif kepada yang bertanya. Untuk mengelakkan daripada terjebak dalam risiko belian emas secara tidak patuh Syariah, atau pelaburan emas scam. Perlu jelas di sini, tidak ada pelaburan …

Prinsip Asas Muamalat Islam

Syariah Ini prinsip penting yang perlu diingati oleh semua yang terlibat dalam urusan jual beli. Baca dengan teliti. 1. Kerelaan dalam urus niaga. Ini prinsip terpenting dalam urus niaga seperti mana yang digariskan oleh Allah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 29. Berasaskan prinsip inilah para sarjana muamalat daripada semua mazhab menjadikan ‘sighah‘ (lafaz ijab dan qabul) sebagai rukun akad. Mereka …