Mungkin ramai yang terbiasa dengar bahawa keuntungan tetap dalam pelaburan adalah tidak dibenarkan. Jadi bagaimana pula bank-bank Islam menawarkan akaun simpanan tetap bertempoh ‘Term Fixed deposit’, dengan menjanjikan pulangan tetap untuk tempoh tertentu? 1. Deposit pelanggan sangat penting bagi bank kerana ia merupakan sumber utama dana untuk digunakan bagi tujuan pembiayaan. 2. Di perbankan Islam terdapat dua bentuk deposit yang …
Bay’ al-‘Inah adalah satu bentuk jual beli ‘rekaan’ dengan tujuan untuk memberikan pulangan tetap kepada ‘penjual’. Oleh kerana Islam mengharamkan mengambil lebihan terhadap ‘pinjaman’, iaitu riba, dan mengharuskan jual beli, iaitu al-bay’, maka diwujudkan satu bentuk kontrak yang dikatakan ia sebagai ‘jual beli’ tetapi implikasinya hampir dengan riba. Ia dianggap helah untuk melakukan riba menggunakan akad jual beli. Sesetengah buku …
Realiti yang berlaku ialah, pemohon pembiayaan cuma ikut sahaja arahan pegawai bank, “Sign sini cik, sini dan sign sini…”. Pemohon pula tanya, “bila wang dapat?” Tidaklah dia tahu apa yang dia beli, apa yang dia jual, bahkan kerap kali pegawai perbankan Islam tidak tahu apa yang berlaku. Yang dia tahu, perlu ada dokumen yang cukup. Namun hakikat sebenar yang berlaku …
Kaedah Pinjaman Wang: عن عباس: كل قرض جر نفعاً فهو الربا Kata Ibn Abbas: “Setiap pinjaman yang menghasilkan manfaat, itu adalah riba” [Direkodkan Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra]. Sesetengah kitab hadis menganggap lafaz itu adalah hadis daripada Rasulullah SAW, namun kebanyakan sandarannya adalah tidak sahih terutama jika disandarkan kepada Nabi. Bagaimanapun, Sheikh Nasiruddin al-Albani menganggap ia sahih jika kata-kata ini disandarkan …
Soal Jawab | Kutu Emas (Jawapan ringkas dalam posting panjang, harap bersabar membaca) Soalan: Nak tanya pasal kutu emas. Die macam, bayar duit sket sket untuk dapatkan emas. Tp ni berkumpulan la. Ade turn. Bile cukup waktu die die dapat emas tu. Boleh ke? Hadaf die macam ade syubhah plak. Nak kate boleh pun boleh. Sebab die simpan duit macam …
1. Produk ribawi ialah komoditi atau barangan yang tertakluk kepada hukum-hukum tertentu, yang melibatkan hukum riba jika dilanggar hukum tersebut. 2. Komoditi ribawi dan kaedah urus niaganya disebutkan di dalam hadis sahih. Abu Sa’id Al Khudri berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Emas ditukar dengan emas, perak ditukar dengan perak, gandum ditukar dengan gandum, barli ditukar dengan barli, kurma ditukar dengan kurma, …
Harta tidak berpindah milik semudah itu. Ia memerlukan sebab yang kuat untuk menjadikan harta berpindah hak milik. Contohnya ikan di laut adalah hak milik Allah, lalu dengan sebab kontrak istikhlaf, ia menjadi milik awam, diuruskan oleh kerajaan. Nelayan atau kaki pancing perlu berusaha untuk dapatkan ikan, dan usaha berburu ikan ini menjadi sebab kepada hak milik. Oleh kerana ia diuruskan …
Soalan Inbox: Salam ustaz, Saya ada 2 bentuk cincin emas yang tidak muat nak di pakai lagi dan 1 utas rantai emas yg putus, soalan sy bolehkan kalau saya pergi ke kedai emas dan tukar cincin saya dgn cincin yang baru (maksudnya barang tukar barang), duit yang tak cukup saya tambah sahaja? Begitu juga dgn rantai, sy tukar rantai baru …
Syariah Ini prinsip penting yang perlu diingati oleh semua yang terlibat dalam urusan jual beli. Baca dengan teliti. 1. Kerelaan dalam urus niaga. Ini prinsip terpenting dalam urus niaga seperti mana yang digariskan oleh Allah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 29. Berasaskan prinsip inilah para sarjana muamalat daripada semua mazhab menjadikan ‘sighah‘ (lafaz ijab dan qabul) sebagai rukun akad. Mereka …
Sedikit Literature Berkenaan Forex Online Trading Updated: 26 Julai 2017 1. Prof Dr Rafiq Yunus al-Misri (2010), “Tijarah al-‘Umlah ‘Ibra al-Internet”, Journal Jami’ah al-Malik ‘Abd al-Aziz: al-Iqtisad al-Islami, j. 23, bil. 1. Keputusan: Hukumnya haram kerana spekulasi yang melampau, berbentuk gambling, dan tidak menepati kaedah sarf sebenar yang dikehendaki oleh Islam, iaitu riba serta penyumbang kepada krisis ekonomi. 2. …