Anti Ponzi

Pendedahan skim ponzi, scam dan seumpamanya

Tipu Helah Skim Piramid

Skim Piramid diharamkan di Malaysia berasaskan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993. Tapi skim-skim binaan firaun masih berleluasa beroperasi menggunakan helah-helah perundangan terutama Multilevel Marketing. Kurangnya tahap penguatkuasaan KPDNKK mungkin menjadi faktor utama begitu banyak produk MLM tanpa lesen wujud di pasaran. Bahkan ada syarikat yang mempunyai lesen AJL (Akta Jualan Langsung) tapi operasi mereka jelas berunsur piramid …

Beberapa Aspek Penilaian Skim Ponzi Dalam Kaca Mata Syariah

Skim cepat kaya, atau skim ponzi, sentiasa berkembang dan berevolusi. Mereka boleh beroperasi dalam sistem perundangan yang ada dengan mempergunakan pelbagai bentuk helah perundangan, contohnya undang-undang membenarkan jual beli, lalu mereka kata urusan mereka cuma jual beli. Begitu juga mereka pandai menggunakan helah untuk menyukarkan analisis Syariah. Baca contoh di bawah dengan teliti. Contohnya, secara prinsipnya, Syariah mengharuskan jual beli …