Monthly Archives: January 2019

Tiga Jenis Urus Niaga Kanak-kanak

Bagaimana jual beli anak-anak di sekolah? Bagaimana kalau dia sedekah kt kawan di sekolah? Batas Tindakan Kanak-kanak Mumayyiz Belum BalighTahap Mana? ⛔ Ibu bapa yang ada anak kecil wajib baca ini⛔ Apa itu mumayyiz? Rasanya ramai tahu, iaitu kanak-kanak yang telah mampu membezakan buruk dan baik, kotor dan bersih. Kebiasaan umur mumayyiz yang diletakkan oleh majoriti ulama ialah 7 tahun. Jika …

Kelayakan Akad Seorang Insan

Sebelum seseorang itu terlibat dalam apa jua kontrak dalam muamalat, seseorang itu mesti ada kelayakan. Kelayakan inilah yang dikenali sebagai ahliyyah. Ahliyyah; Kelayakan; Sifat yang tetapkan oleh Syariah ke atas seseorang yang memungkinkan seseorang itu menerima taklifan atau hak. Terdapat dua bentuk kelayakan; 1. Kelayakan Wajib (ahliyyah al-wujub). Yang dimaksudkan dengan kelayakan wajib ini ialah kelayakan seseorang manusia itu untuk …

Kontrak Kontroversi: Bay’ al-Inah

Bay’ al-‘Inah adalah satu bentuk jual beli ‘rekaan’ dengan tujuan untuk memberikan pulangan tetap kepada ‘penjual’. Oleh kerana Islam mengharamkan mengambil lebihan terhadap ‘pinjaman’, iaitu riba, dan mengharuskan jual beli, iaitu al-bay’, maka diwujudkan satu bentuk kontrak yang dikatakan ia sebagai ‘jual beli’ tetapi implikasinya hampir dengan riba. Ia dianggap helah untuk melakukan riba menggunakan akad jual beli. Sesetengah buku …

Tawarruq: Ini Yang Berlaku di Perbankan Islam

Realiti yang berlaku ialah, pemohon pembiayaan cuma ikut sahaja arahan pegawai bank, “Sign sini cik, sini dan sign sini…”. Pemohon pula tanya, “bila wang dapat?” Tidaklah dia tahu apa yang dia beli, apa yang dia jual, bahkan kerap kali pegawai perbankan Islam tidak tahu apa yang berlaku. Yang dia tahu, perlu ada dokumen yang cukup. Namun hakikat sebenar yang berlaku …

Tipu Helah Skim Piramid

Skim Piramid diharamkan di Malaysia berasaskan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993. Tapi skim-skim binaan firaun masih berleluasa beroperasi menggunakan helah-helah perundangan terutama Multilevel Marketing. Kurangnya tahap penguatkuasaan KPDNKK mungkin menjadi faktor utama begitu banyak produk MLM tanpa lesen wujud di pasaran. Bahkan ada syarikat yang mempunyai lesen AJL (Akta Jualan Langsung) tapi operasi mereka jelas berunsur piramid …

Pinjaman Yang Menjadi Riba

Kaedah Pinjaman Wang: عن عباس: كل قرض جر نفعاً فهو الربا Kata Ibn Abbas: “Setiap pinjaman yang menghasilkan manfaat, itu adalah riba” [Direkodkan Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra].  Sesetengah kitab hadis menganggap lafaz itu adalah hadis daripada Rasulullah SAW, namun kebanyakan sandarannya adalah tidak sahih terutama jika disandarkan kepada Nabi. Bagaimanapun, Sheikh Nasiruddin al-Albani menganggap ia sahih jika kata-kata ini disandarkan …

Mengapa Wang Kertas Dianggap Produk Ribawi? 

1. Produk ribawi ialah komoditi atau barangan yang tertakluk kepada hukum-hukum tertentu, yang melibatkan hukum riba jika dilanggar hukum tersebut. 2. Komoditi ribawi dan kaedah urus niaganya disebutkan di dalam hadis sahih. Abu Sa’id Al Khudri berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Emas ditukar dengan emas, perak ditukar dengan perak, gandum ditukar dengan gandum, barli ditukar dengan barli, kurma ditukar dengan kurma, …

Beberapa Aspek Penilaian Skim Ponzi Dalam Kaca Mata Syariah

Skim cepat kaya, atau skim ponzi, sentiasa berkembang dan berevolusi. Mereka boleh beroperasi dalam sistem perundangan yang ada dengan mempergunakan pelbagai bentuk helah perundangan, contohnya undang-undang membenarkan jual beli, lalu mereka kata urusan mereka cuma jual beli. Begitu juga mereka pandai menggunakan helah untuk menyukarkan analisis Syariah. Baca contoh di bawah dengan teliti. Contohnya, secara prinsipnya, Syariah mengharuskan jual beli …

Sebab Pemilikan Menurut Muamalat Islam

Harta tidak berpindah milik semudah itu. Ia memerlukan sebab yang kuat untuk menjadikan harta berpindah hak milik. Contohnya ikan di laut adalah hak milik Allah, lalu dengan sebab kontrak istikhlaf, ia menjadi milik awam, diuruskan oleh kerajaan. Nelayan atau kaki pancing perlu berusaha untuk dapatkan ikan, dan usaha berburu ikan ini menjadi sebab kepada hak milik. Oleh kerana ia diuruskan …