Biodata Penulis

BIODATA DR. AHMAD SUFIAN CHE ABDULLAH

Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Wakaf Bharu, kemudian Sek Men Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan.

Kemudian memperoleh Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Universiti Malaya, masing-masing  pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam, dari Universiti Yarmouk, Jordan.

Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

SUMBANGAN

  • Ahli Jawataankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
  • Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad
  • Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad
  • Ahli Jawatankuasa Syariah Kenanga Investment Bank Berhad (2015 – 30 Oktober 2019)
  • Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016-2018)
  • Ahli Jawatankuasa UM Awqaf (2017-2019)
  • Penasihat Syariah Sabnuha Jewellery PLT
  • Penasihat Syariah Muhaimin Jewel and Gems Sdn Bhd

BUKU DAN PENERBITAN

Antara buku yang pernah diterbitkan ialah berkenaan Usul Fiqh iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam dan lain-lain. Senarai penerbitan penuh boleh diperolehi di: https://umexpert.um.edu.my/sufyan

Beliau merupakan pengasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.