Bagaimana Bank-Bank Islam Tawarkan Akaun Simpanan Tetap? Inilah Yang Berlaku Sebenarnya!

Mungkin ramai yang terbiasa dengar bahawa keuntungan tetap dalam pelaburan adalah tidak dibenarkan. Jadi bagaimana pula bank-bank Islam menawarkan akaun simpanan tetap bertempoh ‘Term Fixed deposit’, dengan menjanjikan pulangan tetap untuk tempoh tertentu? 1. Deposit pelanggan sangat penting bagi bank kerana ia merupakan sumber utama dana untuk digunakan bagi tujuan pembiayaan. 2. Di perbankan Islam terdapat dua bentuk deposit yang …

Viral Marketing dan Paid Review – Analisis Hukum

Dengan berkembangnya media sosial, kaedah “word of mouth” (WOM) dalam pemasaran konvensional telah membuahkan satu bentuk baru pemasaran dalam talian melalui kaedah viral marketing dan kaedah paid review. Viral marketing boleh berlaku dengan menularkan produk perniagaan sama ada dirancang atau tidak, manakala paid reviews pula adalah kaedah membayar seseorang untuk membuat testimoni terhadap produk mahu pun perkhidmatan. Dalam perniagaan dalam …

Benarkah Pendapat Wang Kertas Bukan Ribawi?

rTerdapat satu pendapat yang mengatakan bahawa matawang kertas bukan dianggap sebagai mata wang ribawi kerana ia bukanlah emas dan perak, dan juga tidak lagi disandarkan dengan emas dan perak. Menurut pendapat ini, inilah pendapat yang jelas mengikut mazhab al-Syafi’ie. Ini mazhab Syafi’i, ‘illah  (sebab utama) yang menjadikan emas dan perak itu ribawi ialah kerana ia merupakan mata wang utama yang …

Tiga Jenis Urus Niaga Kanak-kanak

Bagaimana jual beli anak-anak di sekolah? Bagaimana kalau dia sedekah kt kawan di sekolah? Batas Tindakan Kanak-kanak Mumayyiz Belum BalighTahap Mana? ⛔ Ibu bapa yang ada anak kecil wajib baca ini⛔ Apa itu mumayyiz? Rasanya ramai tahu, iaitu kanak-kanak yang telah mampu membezakan buruk dan baik, kotor dan bersih. Kebiasaan umur mumayyiz yang diletakkan oleh majoriti ulama ialah 7 tahun. Jika …

Kelayakan Akad Seorang Insan

Sebelum seseorang itu terlibat dalam apa jua kontrak dalam muamalat, seseorang itu mesti ada kelayakan. Kelayakan inilah yang dikenali sebagai ahliyyah. Ahliyyah; Kelayakan; Sifat yang tetapkan oleh Syariah ke atas seseorang yang memungkinkan seseorang itu menerima taklifan atau hak. Terdapat dua bentuk kelayakan; 1. Kelayakan Wajib (ahliyyah al-wujub). Yang dimaksudkan dengan kelayakan wajib ini ialah kelayakan seseorang manusia itu untuk …

Kontrak Kontroversi: Bay’ al-Inah

Bay’ al-‘Inah adalah satu bentuk jual beli ‘rekaan’ dengan tujuan untuk memberikan pulangan tetap kepada ‘penjual’. Oleh kerana Islam mengharamkan mengambil lebihan terhadap ‘pinjaman’, iaitu riba, dan mengharuskan jual beli, iaitu al-bay’, maka diwujudkan satu bentuk kontrak yang dikatakan ia sebagai ‘jual beli’ tetapi implikasinya hampir dengan riba. Ia dianggap helah untuk melakukan riba menggunakan akad jual beli. Sesetengah buku …

Tawarruq: Ini Yang Berlaku di Perbankan Islam

Realiti yang berlaku ialah, pemohon pembiayaan cuma ikut sahaja arahan pegawai bank, “Sign sini cik, sini dan sign sini…”. Pemohon pula tanya, “bila wang dapat?” Tidaklah dia tahu apa yang dia beli, apa yang dia jual, bahkan kerap kali pegawai perbankan Islam tidak tahu apa yang berlaku. Yang dia tahu, perlu ada dokumen yang cukup. Namun hakikat sebenar yang berlaku …

Tipu Helah Skim Piramid

Skim Piramid diharamkan di Malaysia berasaskan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti Piramid 1993. Tapi skim-skim binaan firaun masih berleluasa beroperasi menggunakan helah-helah perundangan terutama Multilevel Marketing. Kurangnya tahap penguatkuasaan KPDNKK mungkin menjadi faktor utama begitu banyak produk MLM tanpa lesen wujud di pasaran. Bahkan ada syarikat yang mempunyai lesen AJL (Akta Jualan Langsung) tapi operasi mereka jelas berunsur piramid …

Pinjaman Yang Menjadi Riba

Kaedah Pinjaman Wang: عن عباس: كل قرض جر نفعاً فهو الربا Kata Ibn Abbas: “Setiap pinjaman yang menghasilkan manfaat, itu adalah riba” [Direkodkan Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra].  Sesetengah kitab hadis menganggap lafaz itu adalah hadis daripada Rasulullah SAW, namun kebanyakan sandarannya adalah tidak sahih terutama jika disandarkan kepada Nabi. Bagaimanapun, Sheikh Nasiruddin al-Albani menganggap ia sahih jika kata-kata ini disandarkan …